Daisypath - Anniversary

Friday, May 23, 2014

Cara Memberitahu Berita Buruk

Okay hari ini I nak kongsi cara memberi berita buruk supaya tak kena penampor/masih disayangi.
A problem remains a problem when there is no solution.

Berita buruk benci untuk didengari kerana ia adalah satu masalah. Berita buruk benci untuk didengari kerana ia adalah satu bebanan untuk mencari jalan keluar.

Contoh berita buruk ; "Mak saya failed paper BM untuk trial SPM". NAK MATI EH DATANG KAT MAK KAU CAKAP CAMTU? 6 MINGGU PUN TAKKAN HABIS BEBELAN MAK KAU SIAP QUESTION ASAL USUL LATAR BELAKANG KAU.

Contoh berita buruk ; "Adik, akak terlanggar penyet anak kucing adik sebab dia duduk dekat tayar". MENANGIS SEMINGGU WEH ADIK TUHHH BIADAP PUNYA KAKAK TAK CHECK DULU SEBELUM GOSTAN.

Contoh berita buruk ; "Salmon kita dah habis hari ini". WOI INI KEDAI SUSHI KE KEDAI APA WEH SALMON PUN HABIS TAK RETI BAJET KE NAK TANGKAP BERAPA SALMON DI LAUT SETIAP HARI *API KELUAR HIDUNG BULU HIDUNG TERBAKAR*

Contoh berita buruk ; "Sayang, abang nak kahwin lain". Cubalah try cakap, CUBA.

Jadi cara yang terbaik dan penuh hormat untuk beri berita buruk adalah to cushion its impact with a solution. Dengan mengurangkan impak berita buruk itu apabila ia didatangkan sekali dengan beberapa cadangan penyelesaian.

First, kita kena paham dari mana kemarahan itu datang. Dari situ kita akan mendapat idea bagaimana untuk meredakannya. Contoh berita buruk yang fail paper BM untuk trial SPM. Mestilah kemarahan emak itu datang dari satu kekecewaan dan ketakutan. Mesti dia takut anak dia fail terus untuk SPM yang sebenar. Bila dah faham sumber kemarahan itu, kau datangkan penyelesaian yang terbaik untuk meredakan hatinya.


 "Mak saya failed paper BM untuk trial SPM, *tapi* saya dah daftar kelas tambahan setiap hari Sabtu dan saya dah duduk dengan cikgu bincang bahagian yang saya lemah jadi lepas ini saya nak beli novel BM untuk improve kosa kata saya". Okay. Camtu (provided kau dah setelkan semue benda yang kau cakap tulah). Mak kau still akan marah. Tapi dia marah je pastu dia buntu nak bebel apa dah sebab bebelan biasanya adalah satu keluhan kesalan. Tapi kau dah matikan point dia bila kau beri dia jalan penyelesaian atas inisiatif kau sendiri. Paham?

"Adik, akak terlanggar penyet anak kucing adik sebab dia duduk dekat tayar *dan* akak tahu adik sedih tapi dia sekarang dekat syurga, tengah makan tuna atas dulang emas, nanti hujung bulan akak belikan kucing baru sebab akak tahu adik suka peluk kucing time tidur."


"Salmon kita dah habis hari ini, *jadi* kita akan pergi Cold Storage sekejap untuk beli, provided cik mampu tunggu lama sikit, boleh? Nah macha ice cream semangkuk sementara cik tunggu"


"Sayang, abang nak kahwin lain *maka* abang dah belikan sayang Lamborghini sebijik"


Camtu. Okay yang last tuh mungkin takkan berhasil gak, sorry.

No comments:

Post a Comment